
Someone says,
"Friend Inneed, is a Friend Indeed"
Know your friend...
Shake hand with your friend...
Appreciate your friend...
Love your friend...
Then, there is the relation called FRIENDSHIP!

Blog ini menjemput sesiapa yang mempunyai sebarang perkara untuk dikongsikan. Ada orang mengatakan,'Bullet, kau adalah pendengar yang setia dan pengulas yang bermakna...' . Blog ini bersedia untuk anda...
Tahun 2008 merupakan tahun yang amat bermakna buat diri saya sebagai seorang pelajar. Saya telah diterima menjadi sebahagian daripada warga Universiti Utara Malaysia (UUM), oleh itu saya sekarang masih menuntut sebagai seorang pelajar di sebuah universiti yang bertaraf dunia.
Menjadi penuntut di UUM adalah suatu yang amat membanggakan dan akan menjanjikan sesuatu yang baik untuk setiap penuntutnya. Apa tidaknya, kemudahan yang disediakn (sungguhpun kawasannya dikelilingi hutan) amat memuaskan hati setiap orang. Tidak menjadi kerugian bagi setiap orang yang menjadi warga pelajar di UUM.
Saya diterima sebagai seorang pelajar di universiti ini dengan program Pengurusan Awam, program pengajian yang memang saya minati dan ianya merupakan pilihan ketiga saya selepas Universit Perguruan Sultan Idris (UPSI). Sebelumnya saya amat mengharapkan untuk diterima sebagai seorang pelajar di UPSI, namun atas beberapa faktor, permohonan saya tidak berjaya. Tetapi hal itu tidak melunturkan semangat saya untuk meneruskan tahap pengetahuan saya di UUM. Sehingga kini, saya amat berpuas hati dengan universiti ini.
Untuk pelajar lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), pastikan anda menghantar satu permohonan ke UUM selepas tamat pengajian di tingkatan enam nanti, kerana universiti ini akan melahirkan sesuatu yang amat bernilai buat anda. Sekian...