Selasa, 12 Ogos 2008

Cerita Bersiri

Hari mula petang apabila mataku mula terkuak. Perlahan-lahan sinar matahari petang itu masuk menembusi retina mata yang membuatkan mataku pedih. Aku belum berniat untuk bingkas bangun daripada pembaringanku jika bukan kuterdengar suara ibu yang semakin lama menyesakkan telingaku. Ibu membebel lagi. Entah apa yang dibebelkan ibu kali ini. Dapat juga kutangkap suara kecil dari belakang rumah. Itu suara adik. Mindaku berputar memikirkan hal itu. Aah, mungkin ibu bebelkan adik! Aku berniat untuk menyambung peraduanku. Baju yang kupakai semalam yang berada di birai katil kugapai lalu kuletakkan di atas mataku. Petua ini diajar oleh sahabat baikku, kononya boleh memudahkan mata terlelap. Selalu kucuba, dan selalunya berjaya. Tapi kali ini berlainan, semacam ada suatu tarikan pada kelopak mataku supaya tidak menutupnya kembali. Sedaya upaya aku mencuba untuk melelapkan mataku namun masih tidak berjaya. Lima belas minit kemudian, tatkala aku sedang berusaha untuk melelapkan mata, aku bagai hilang sabar apabila mataku masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk terlelap semula. Dengan kasar aku menolak baju yang menutupi mataku. Satu dengusan yang kasar juga kulepaskan. Hatiku cukup geram saat itu. Serasanya belum sampai tiga jam aku melelapkan mata sepulangnya kau dari tempat pekerjaanku.


Bersambung...

Tiada ulasan: